Monday, October 3, 2011

Panduan menukar gear

Tidak serupa dengan motosikal tanpa klac manual, masuk ke gear satu adalah agak sukar buat penunggang ZX150 buat pertama kalinya.

  1. Anda perlu menarik klac sepenuhnya selepas menghidupkan enjin
  2. Masuk gear satu dari neutral dengan menekan ke bawah penginjak gear
  3. Sambil memastikan pendikit sentiasa dipulas (dengan sedikit, cukup untuk RPM menunjukkan jarum pada 2-3)
  4. Lemparkan pandangan ke hadapan dan cuba lepaskan klac sedikit demi sedikit (anda boleh rasakannya) sehingga motor ada bergerak ke hadapan dengan lancar. Pendikit jangan lupa dipulas dengan perlahan-lahan.
  5. Lebih kurang 1-2 saat berada pada gear satu, tarik klac dan sungkit penginjak gear ke atas untuk masuk ke gear 2. Lepaskan klac selepas 1-2 saat pada gear 2 (dan motor masih bergerak :) )
Jika anda menyungkit terlalu perlahan untuk ke gear 2, kemungkinan besar anda tertukar ke gear neutral (free gear). Jangan panik. Tarik klac dan sungkit sekali lagi.

    2 comments:

    1. step 5: bukan ke 2stroke ni macam bawa kereta manual? sebab pernah bawa 125z kawan sekali pergi hantar ganti tiub. same macam bawa kereta. tapi yg step 5 ni, sungkit gear terus? tak perlu tarik clutch ke?

      ReplyDelete
    2. maaf, terlupa point tu. memang begitulah sepatutnya

      ReplyDelete