Monday, November 28, 2011

Penggunaan helmet muka penuh membantu peningkatan keyakinan penunggangan motosikal

Baru-baru ini saya sempat membeli helmet muka penuh YOHE dengan harga RM 240.00 (setelah meminta diskaun) dari pengedar Racingboy di Semenyih, berdekatan dengan Tesco.

Semasa menunggang motosikal dengan memakai helmet ini, saya dapati tumpuan menjadi semakin bertambah disebabkan berkurangnya gangguan angin yang biasa berlaku pada pengguna helmet muka separuh.

Jika tidak percaya, cuba beli satu dan anda dapat rasakannya serta-merta.

Sunday, November 6, 2011

Jangan buang penutup botol 2T

Terdapat penutup plastik nipis yang menutup muncung botol 2T semasa baru membuka tudung botol. Jangan dibuka sehabisnya kerana penutup ini berguna untuk mengelakkan minyak 2T mengalir tumpah keluar dari botol tersebut.