Baru-baru ini saya sempat membeli helmet muka penuh YOHE dengan harga RM 240.00 (setelah meminta diskaun) dari pengedar Racingboy di Semenyih, berdekatan dengan Tesco.
Semasa menunggang motosikal dengan memakai helmet ini, saya dapati tumpuan menjadi semakin bertambah disebabkan berkurangnya gangguan angin yang biasa berlaku pada pengguna helmet muka separuh.
Jika tidak percaya, cuba beli satu dan anda dapat rasakannya serta-merta.
No comments:
Post a Comment