Saturday, September 7, 2013

Kemalangan Motosikal

Suatu tengahari yang nyaman sekitar pertengahan Jun lepas, semasa menunggang motosikal berdekatan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, saya menghampiri laluan kanan menghampiri kawasan pusingan U. Tiba-tiba sebuah Proton Wira Hitam menghampiri dengan laju. Saya cuba memperlahankan motosikal untuk membenarkan kereta tersebut memintas. Entah apa malang nasib saya hari itu, 

Terasa hentaman kuat pada belakang motosikal saya. Mungkin akibat hentaman tersebut saya terpulas pendikit dan handle motosikal saya terganggu menyebabkan saya terhumban ke atas jalanraya, tergolek beberapa kali. Nasib baik sahaja tiada kenderaan lain waktu itu.

Pemandu kereta yang melanggar saya membantu menghantar saya ke wad kecemasan Hospital Putrajaya. Setelah menunggu sekitar 2 jam, doktor pun membetulkan tulang saya yang retak dan menyimen tangan saya.

Berberapa hari kemudian saya diberitahu saya perlukan pembedahan untuk pemulihan, jika tidak saya akan sentiasa mengalami kesakitan pada bahagian lengan. Kos yang dianggarkan oleh doktor pakar tulang adalah sekitar RM 7000.00. Disebabkan saya mempunyai 'medical card', saya menjalani pembedahan di KPJ Kajang.

Kos menunda motosikal dari Cyberjaya ke Beranang: RM 250.00
Kos baik pulih handle bengkok RM 150.00
Kos baik pulih gasket bengkok dan tukar minyak hitam (setelah tersadai dirumah selama 2 bulan) RM 75.00
Kos fairing 2nd-hand original dan pemijak belakang 2nd-hand original RM 650.00
Jumlah keseluruhan RM 1125.00

2 comments:

  1. salam wbt..bro ada fb tak? nak add sbg friend. kalau leh bro tulis emel kat bahagian komen ni..nanti sy akan check kat sini. tqvm

    ReplyDelete
  2. bro bagi email fb, nanti saya add pasal setting account fb sya supaya tidak boleh dijumpai oleh selain rakan

    ReplyDelete