Guna spanar saiz 22 untuk melonggarkan nat pada swingarm
Sokong/tahan nat pada belah kanan supaya nat pada belah kiri dapat dilonggarkan
Ketatkan skru dengan spanar saiz 12 pada hujung swingarm sambil memeriksa regangan rantai. Jangan sampai telalu tegang.
Maklumat berkenaan Kawasaki KRR ZX150 yang juga dikenali sebagai Kawasaki Ninja ZX150. Berdasarkan pengalaman peribadi dan pembacaan di forum-forum. Untuk dipertimbangkan, bukan diambil pedoman secara membuta-tuli.
Sunday, May 6, 2012
Sunday, April 8, 2012
Pelekat rosak
Jika pelekat pada ZX150 kesayangan anda rosak seperti gambar dibawah, cuma tanggalkan lapisan luar dengan perlahan-lahan.
Sunday, February 26, 2012
Motor semput?
Semasa memulas pendikit/throttle, enjin terasa seperti semput (bunyi froppropprop dsb.) dan RPM sukar meningkat?
Cuba periksa cok. Mungkin ada terlupa menutup suis cok selepas membukanya.
Jika tidak, hantar servis ke kedai motor yang mahir dengan motor KRR (contoh kedai Ah Cheng di Sunway). Kali terakhir saya mendapat masalah ini disebabkan memakai pemalam yang tidak sesuai.
Cuba periksa cok. Mungkin ada terlupa menutup suis cok selepas membukanya.
Jika tidak, hantar servis ke kedai motor yang mahir dengan motor KRR (contoh kedai Ah Cheng di Sunway). Kali terakhir saya mendapat masalah ini disebabkan memakai pemalam yang tidak sesuai.
Sunday, December 11, 2011
Kupon hanya boleh diguna untuk diskaun servis hingga 2500 km
Baru-baru ini saya ke Chia Motor untuk servis motor saya dan diberitahu tiada diskaun atau pengecualian walaupun baru servis untuk kali ke-2 kerana telah melebihi 2500 km penggunaan. Mujur cuma dikenakan RM 25.00 untuk servis. Keseluruhan RM 65.00 termasuk minyak hitam dan palam pencucuh yang baharu.
Monday, November 28, 2011
Penggunaan helmet muka penuh membantu peningkatan keyakinan penunggangan motosikal
Baru-baru ini saya sempat membeli helmet muka penuh YOHE dengan harga RM 240.00 (setelah meminta diskaun) dari pengedar Racingboy di Semenyih, berdekatan dengan Tesco.
Semasa menunggang motosikal dengan memakai helmet ini, saya dapati tumpuan menjadi semakin bertambah disebabkan berkurangnya gangguan angin yang biasa berlaku pada pengguna helmet muka separuh.
Jika tidak percaya, cuba beli satu dan anda dapat rasakannya serta-merta.
Semasa menunggang motosikal dengan memakai helmet ini, saya dapati tumpuan menjadi semakin bertambah disebabkan berkurangnya gangguan angin yang biasa berlaku pada pengguna helmet muka separuh.
Jika tidak percaya, cuba beli satu dan anda dapat rasakannya serta-merta.
Sunday, November 6, 2011
Jangan buang penutup botol 2T
Terdapat penutup plastik nipis yang menutup muncung botol 2T semasa baru membuka tudung botol. Jangan dibuka sehabisnya kerana penutup ini berguna untuk mengelakkan minyak 2T mengalir tumpah keluar dari botol tersebut.
Monday, October 3, 2011
Panduan menukar gear
Tidak serupa dengan motosikal tanpa klac manual, masuk ke gear satu adalah agak sukar buat penunggang ZX150 buat pertama kalinya.
- Anda perlu menarik klac sepenuhnya selepas menghidupkan enjin
- Masuk gear satu dari neutral dengan menekan ke bawah penginjak gear
- Sambil memastikan pendikit sentiasa dipulas (dengan sedikit, cukup untuk RPM menunjukkan jarum pada 2-3)
- Lemparkan pandangan ke hadapan dan cuba lepaskan klac sedikit demi sedikit (anda boleh rasakannya) sehingga motor ada bergerak ke hadapan dengan lancar. Pendikit jangan lupa dipulas dengan perlahan-lahan.
- Lebih kurang 1-2 saat berada pada gear satu, tarik klac dan sungkit penginjak gear ke atas untuk masuk ke gear 2. Lepaskan klac selepas 1-2 saat pada gear 2 (dan motor masih bergerak :) )
Subscribe to:
Posts (Atom)

