Saturday, September 7, 2013

Kemalangan Motosikal

Suatu tengahari yang nyaman sekitar pertengahan Jun lepas, semasa menunggang motosikal berdekatan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, saya menghampiri laluan kanan menghampiri kawasan pusingan U. Tiba-tiba sebuah Proton Wira Hitam menghampiri dengan laju. Saya cuba memperlahankan motosikal untuk membenarkan kereta tersebut memintas. Entah apa malang nasib saya hari itu, 

Terasa hentaman kuat pada belakang motosikal saya. Mungkin akibat hentaman tersebut saya terpulas pendikit dan handle motosikal saya terganggu menyebabkan saya terhumban ke atas jalanraya, tergolek beberapa kali. Nasib baik sahaja tiada kenderaan lain waktu itu.

Pemandu kereta yang melanggar saya membantu menghantar saya ke wad kecemasan Hospital Putrajaya. Setelah menunggu sekitar 2 jam, doktor pun membetulkan tulang saya yang retak dan menyimen tangan saya.

Berberapa hari kemudian saya diberitahu saya perlukan pembedahan untuk pemulihan, jika tidak saya akan sentiasa mengalami kesakitan pada bahagian lengan. Kos yang dianggarkan oleh doktor pakar tulang adalah sekitar RM 7000.00. Disebabkan saya mempunyai 'medical card', saya menjalani pembedahan di KPJ Kajang.

Kos menunda motosikal dari Cyberjaya ke Beranang: RM 250.00
Kos baik pulih handle bengkok RM 150.00
Kos baik pulih gasket bengkok dan tukar minyak hitam (setelah tersadai dirumah selama 2 bulan) RM 75.00
Kos fairing 2nd-hand original dan pemijak belakang 2nd-hand original RM 650.00
Jumlah keseluruhan RM 1125.00

Saturday, August 31, 2013

Persediaan Sebelum Kemalangan Jalan Raya

Berdasarkan pengalaman saya sebagi penunggang motosikal yang telah terlibat didalam empat kemalangan jalan raya, berikut adalah perkongsian saya.

Medical card
Kos rawatan untuk kemalangan melibatkan patah tulang selalunya dalam 4 ke 5 digit

Simpanan RM2000.00 ke atas
Kos menukar satu set fairing baru adalah sekitar RM 2000.00

Pakaian keselamatan
Kos jaket keselamatan jenis kain mesh, helmet fullface, knee guard, riding glove dan riding boots tak sampai RM 1000.00 berbanding dengan membeli helmet openface Arai original buatan Jepun. Jika anda terpelanting dari motosikal keatas jalanraya, dimana tidak digilis oleh sebarang kenderaan lain, anda terelak dari menerima jahitan, lebam yang teruk dan mungkin juga tulang patah/retak. Ini kerana impak telah diserap oleh pakaian keselamatan anda, bukannya langsung ke tubuh.

Saturday, August 11, 2012

Meminyakkan Kabel Klac

Tanggalkan kabel pada tuil klac dengan memastikan bukaan selari seperti dibawah.


Sembur WD-40 dengan perlahan pada lubang wayar pada kabel klac, cukup sekadar berbuih dan pastikan buih-buih memasuki lubang kabel.


Setelah minyak turun ke bahagian hujung bawah kabel, sembur WD-40 pada bahagian tersebut pula.


Setelah selesai, lap minyak yang terkena bahagian tidak sepatutnya dan pasangkan semula kabel klac pada tuil.

Sunday, May 6, 2012

Mengetatkan Rantai

Guna spanar saiz 22 untuk melonggarkan nat pada swingarm



Sokong/tahan nat pada belah kanan supaya nat pada belah kiri dapat dilonggarkan



Ketatkan skru dengan spanar saiz 12 pada hujung swingarm sambil memeriksa regangan rantai. Jangan sampai telalu tegang.


Sunday, April 8, 2012

Pelekat rosak

Jika pelekat pada ZX150 kesayangan anda rosak seperti gambar dibawah, cuma tanggalkan lapisan luar dengan perlahan-lahan.

Sunday, February 26, 2012

Motor semput?

Semasa memulas pendikit/throttle, enjin terasa seperti semput (bunyi froppropprop dsb.) dan RPM sukar meningkat?

Cuba periksa cok. Mungkin ada terlupa menutup suis cok selepas membukanya.

Jika tidak, hantar servis ke kedai motor yang mahir dengan motor KRR (contoh kedai Ah Cheng di Sunway). Kali terakhir saya mendapat masalah ini disebabkan memakai pemalam yang tidak sesuai.

Sunday, December 11, 2011

Kupon hanya boleh diguna untuk diskaun servis hingga 2500 km


Baru-baru ini saya ke Chia Motor untuk servis motor saya dan diberitahu tiada diskaun atau pengecualian walaupun baru servis untuk kali ke-2 kerana telah melebihi 2500 km penggunaan. Mujur cuma dikenakan RM 25.00 untuk servis. Keseluruhan RM 65.00 termasuk minyak hitam dan palam pencucuh yang baharu.